Sambutan Hari Malaysia dan kemerdekaan negara haruslah dimaknakan dengan tepat agar seluruh rakyat dapat memahami dan menghayatinya dengan betul.<br /><br />Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sekiranya makna sambutan Hari Malaysia dan kemerdekaan disalah ertikan, rakyat terutama generasi muda akan hilang rasa cinta kepada negara.